Pada tahun 1920-an, sebuah perkampungan pelancongan dinamakan Villa Epecuen didirikan di sepanjang pantai Lago Epecuen, iaitu sebuah tasik garam yang terletak kira-kira 600 kilometer di barat daya Buenos Aires, Argentina. Lago Epecuen adalah seperti kebanyakan tasik gunung yang lain, kecuali satu perbezaan yang penting – ia mempunyai tahap garam kedua tertinggi selepas Laut Mati, dan sepuluh kali lebih tinggi daripada mana-mana lautan.

Kuasa terapeutik Lago Epecuen telah menjadi terkenal selama beberapa abad. Dikatakan bahawa Epecuen – atau “musim bunga yang kekal” boleh mengubati kemurungan, penyakit sendi, penyakit kulit, anemia, juga merawat penyakit kencing manis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjelang lewat abad ke-19, penduduk dan pengunjung pertama mula tiba di Villa Epecuen dan mendirikan khemah di sepanjang pantai. Villa Epecuen berubah dari kampung gunung yang lengang kepada sebuah resort pelancongan yang sibuk. Kampung itu kemudiannya mempunyai landasan kereta api menghubungkan ke Buenos Aires.

Tidak lama kemudian, ia menarik kedatangan pelancong dari seluruh Amerika Selatan dan dunia. Dikatakan pada tahun 1960, seramai 25,000 orang datang setiap tahun untuk berendam di dalam air garam yang menenangkan. Penduduk di pekan ini memuncak pada tahun 1970-an dengan lebih daripada 5,000 orang. Hampir 300 perniagaan berkembang pesat, termasuk hotel, asrama, spa, kedai-kedai, dan muzium.

Pada masa yang sama, keadaan cuaca yang berpanjangan telah melimpahkan hujan jauh lebih banyak daripada biasa ke kawasan bukit-bukit sekitar selama bertahun-tahun, dan Lago Epecuen mula tenggelam.

Pada 10 November 1985 sejumlah yang air yang besar melimpah melalui batu dan empangan dan membanjiri sebahagian besar bandar sedalam empat kaki. Pada tahun 1993, banjir yang berlanjutan terus menenggelamkan bandar itu sehingga kedalaman 10 meter.

Hampir 25 tahun kemudian, pada tahun 2009, keadaan cuaca basah beransur reda dan air mula surut. Villa Epecuen mula kembali ke permukaan.

Tiada sesiapa pun kembali ke bandar ini, melainkan seorang lelaki berusia 81 tahun, Pablo Novak yang kini merupakan satu-satunya penduduk Villa Epecuen.

“Saya OK di sini. Saya berseorangan. Saya baca suratkhabar sambil mengenang kembali zaman kegemilangan bandar ini pada tahun 1960-an dan 1970-an,” ujar Novak.

Pada tahun 2011, jurufoto AFP Juan Mabromata melawati tinggalan kota Villa Epecuen, menemui penduduk tunggalnya, dan kembali dengan gambar-gambar ini.


Bekas pusat penyembelihan Villa Epecuen dikelilingi barisan pokok mati.


Norma Berg menunjuk ke arah tinggalan rumahnya di Villa Epecuen, Argentina.


Lapisan garam yang nipis pecah lalu menunjukkan warna asal runtuhan bangunan.


Satu-satunya penduduk Villa Epecuen sekarang, Pablo Novak sedang menyediakan api di dapur kayunya.


Jalan ini menuju ke perkuburan Carhue, berhampiran Villa Epecuen ketika matahari terbenam.


Seorang lelaki membandingkan gambar kota Villa Epecuen pada tahun 1970-an dan keadaannya sekarang, selepas 25 tahun ditenggelami air Lago Epecuen.

Sumber: Billy Info, Amusing Planet

Like page The Vocket di Facebook