Ramai peminat yang menyangka kisah sekumpulan pelumba jalanan dalam saga Fast & Furious tamat dengan filem terbaru Furious 7 ini. Sangkaan mereka dikuatkan lagi dengan ketiadaan watak Brian kerana pelakonnya Paul Walker terlibat dalam sebuah kemalangan maut.

Akan tetapi pelakon utama francais filem hebat ini, Vin Diesel dalam satu wawancara mendedahkan sedikit sebanyak maklumat mengenai filem akan datang, Fast & Furious 8.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Vin Diesel Mengaku Filem Fast & Furious 8 Akan Datang Lebih Gempak dan Mengujakan

Tanpa kehadiran Paul Walker dalam filem Furious 8 ini, Vin Diesel mengatakan plot filem ini akan menjadi semakin menarik dengan kehadiran watak-watak baru yang telahpun diperkenalkan dalam filem Furious 7 ketika ini. Beliau juga mengesahkan filem ini akan menjawab pelbagai persoalan yang timbul sepanjang Fast & Furious ditayangkan.

Jadi, selepas melihat sendiri aksi hebat pelumba jalanan ini dalam filem Fast & Furious 7 adakah anda akan turut menonton filem Furious 8 ini apabila ianya ditayangkan kelak?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram