Umum tahu Vin Diesel merupakan seorang peminat automotif ditambah pula dengan watak ikoniknya dalam francais Fast & Furious. Terbaru, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-52, Vin Diesel telah menerima sebuah hadiah diluar jangkaan iaitu Dodge Charger keluaran 1970 dengan 9.0 liter enjin dan 1,650 kuasa kuda.

Mengetahui kepada spesifikasinya sahaja pastinya anda sudah boleh membayangkan betapa berkuasanya hadiah yang diterima Vin Diesel ini. Difahamkan model Dodge Charger Tantrum yang diterima ini telah diubah suai oleh Speed Kore.

Lebih sentimental, beliau menerima hadiah ini di set penggambaran Fast & Furious 9. Hadiah yang diterima ini mengingatkan orang ramai serta Vin Diesel mengenai model Dodge Charger yang digunakan beliau pada babak terakhir filem The Fast and the Furious selaku filem pertama daripada francais tersebut.

Disebalik keterujaan beliau menerima kereta ini, beliau turut meluahkan perasaan cintanya terhadap rakan baiknya serta watak penting dalam francais tersebut iaitu Paul Walker. Lihat keterujaan Vin Diesel dalam menerima hadiah yang diluar jangkannya ini.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai the beast yang hadir dengan 1,650 kuasa kuda ini, anda boleh tonton video dibawah dimana Jay Leno memberi keterangan lanjut mengenai model yang diberi sentuhan SpeedKore ini.