Nampaknya ‘Groot’ sendiri telah buka mulut bahawa anggota Guardians of the Galaxy (GOTG) akan membuat kemunculan dalam Thor: Love and Thunder.

Dalam temu bual mempromosikan filem terbarunya Bloodshot, Vin Diesel telah menjawab soalan sama ada beliau akan muncul dalam filem ke-4 Thor nanti. “Pengarah (Taika Waititi) ada berbincang dengan saya bagaimana Thor akan bersama pasukan GOTG. Ia mungkin, tetapi tiada siapa yang tahu dan saya sepatutnya tidak bukan mulut tentang perkara ini,” kata Vin.

Dalam adegan terakhir Avengers: Endgame, dapat dilihat Chris Hemsworth (Thor) dan Chris Pratt (Peter Quill) ‘bergaduh’ untuk siapa yang akan menjadi ketua kapal Milano. Dari adegan ini, ia sebenarnya sudah beri hint pasukan GOTG mungkin akan muncul dalam Thor 4.

“Kami sebenarnya sangat teruja menantikan pengarah kami, James Gunn kembali yang pada ketika ini perlu fokus terlebih dahulu untuk projek filem Suicide Squad, dan selepas itu barulah GOTG 3,” tambah Vin.

Beliau turut menambah bagi filem ketiga nanti, peminat boleh menyaksikan Alpha Groot, mungkin bentuk baharu bagi Groot. Sekiranya benar pasukan ini akan muncul dalam Thor, pemiant menjangkakan tidak semua ahli GOTG akan muncul dalam Thor 4.

Kemungkinan besar, hanya Rocket Raccoon dan Groot sahaja yang akan buat kemunculan. Tetapi itu sudah cukup untuk ‘bikin kecoh’ Thor 4. Thor 4 akan ditayangkan di pawagam pada 5 November 2021.

Marvel juga telah berkongsikan kepada peminat trailer rasmi terakhir untuk Black Widow. Anda boleh menontonnya pada pautan di bawah.

Tonton Trailer Rasmi Terakhir Penuh Epik Black Widow

Tayangan Black Widow Dan Fast & Furious 9 Tidak Akan Ditunda Kerana Coronavirus

Christian Bale Dilamar Marvel Studio, Bakal Bintangi ‘Thor: Love And Thunder’

Sumber