Bersempena dengan Hari Malaysia yang akan disambut tak lama lagi, Vinda Deluxe bakal berkolaborasi bersama seorang pelukis komik terkenal Zunar melancarkan kempen ‘Stay Strong, Malaysia: Bersama Kita Bersihkan Tanahair Kita’ yang akan berlangsung dari 14 – 17 September di Sunway Pyramid.

Menurut Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran, Kumpulan Vinda Asia Tenggara, kempen kali ini membawakan kekuatan dengan cara yang berlainan iaitu menunjukkan kekuatan tisu Vinda Deluxe menerusi karya seni komik yang dilukis atas tisu Vinda Deluxe dengan membawa mesej memperjuangkan impian rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan positif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui kempen ini, Zunar telah berjaya menghasilkan karya lukisan tangannya di atas tisu Vinda Delux berukuran 16 kaki x 8 kaki, menjadikan hasil seni komik tisu terbesar di negara ini.

Vinda Deluxe_Stay Strong Malaysia Campaign (5)_Malaysian cartoonist Zunar_lr

Menurut Zunar, kempen ini diharap dapat memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meninggalkan semua sifat buruk demi perpaduan dan keteguhan serta membina negara yang lebih bersih dan terbaik untuk semua.

Untuk menghasilkan karya tersebut, Zunar mengambil masa selama sebulan untuk memerah idea bersama Vinda Deluxe dan selama seminggu untuk menghasilkan karya di atas tisu tersebut.

Jika anda ingin melihat hasil seni tisu ini yang mengabadikan keutuhan semangat cara Malaysia yang unik dan menarik, anda boleh ke Sunway Pyramid untuk melihat sendiri karya tersebut.