Nampaknya jenama kereta pertama Vietnam, VinFast sudah bersedia melancarkan model pertama mereka iaitu Fadil di pasaran.

Ketika ini, tempahan untuk Fadil sudah dibuka di 32 cawangan VinFast di Vietnam. Model pertama VinFast ini adalah berdasarkan rekaan model Opel Karl/Vauxhall yang dijual di pasaran Eropah cuma dengan perbezaan rekaan grille hadapan dan logo yang berlainan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/thitruongotoxe1/status/1140472234781396992

Fadil ketika ini hanya hadir untuk model 1.4L dan harga pasaran untuk model Fadil ini adalah USD16,900 (~RM70,572). Syarikat VinFast juga bakal menghasilkan model sedan dan motosikal elektrik tidak lama lagi.

Disebabkan ianya baharu saja dilancarkan di Vietnam, masih tiada info sama ada model ini akan turut dipasarkan untuk pasaran luar Vietnam tetapi VinFast menyasarkan jualan 250,000 kenderaan untuk fasa pertama operasi mereka.

Dengan harga RM70,572, dapatkah model ini mampu bersaing dengan model dari luar negara yang lain? Sama-sama kita tunggu dan lihat.