Pada hari semalam, Utusan melaporkan laluan keluar dari Lembah Klang menuju beberapa lebuh raya utama ke Pantai Timur dan utara masih tinggi dan berterusan sejak petang Jumaat hingga awal Sabtu berikutan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha.

Dalam kesesakan yang orang ramai perlu tempuhi, seorang pengguna jalan raya @ridhuan90 telah memuat naik ciapan video pendek ada satu konvoi VIP telah ‘memotong’ barisan di antara lorong kanan dan tengah yang diiringi oleh beberapa pengiring dan diikuti oleh lapan buah kenderaan lain.

Rakaman video pendek itu telah mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan di kalangan warganet. Mana tidaknya, tatkala orang ramai perlu beratur panjang selama berjam-jam, boleh pula konvoi VIP itu memotong barisan begitu sahaja.

Nyata orang ramai lagi, ‘VIP potong barisan’ merupakan salah satu penyumbang kepada masalah kesesakan jalan raya yang berlaku dalam negara ini sejak dahulu lagi.

Tambah mereka, ‘membuka laluan’ hanya boleh diberikan kepada ambulans, bomba, Jabatan Pertahanan Awam, beberapa jabatan kerajaan lain dan kenderaan yang betul-betul dalam kecemasan sahaja. Ini supaya tidak ada lagi pihak mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat Malaysia.

Baca lagi beberapa insiden berlaku yang disebabkan kenderaan VIP sebelum ini melalui pautan-pautan di bawah.

Jadi ‘Punca’ Jalan Sesak, Kereta Pengiring VIP Kena Hon Dengan Pengguna Jalan Raya

Dakwa Dilanggar Lari ‘Escort VIP’, Video Luahan Kekecewaan Pemilik Kereta Cetus Pertikaian Netizen

Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan

Sumber