Tunjuk perasaan daripada kalangan pelajar dan pekerja yang menolak Undang-Undang Omnibus telah terjadi di beberapa wilayah di Indonesia. Di tengah-tengah hiruk-pikuk demonstrasi, ada insiden lucu yang terjadi di sana.

Seorang pelajar dilaporkan telah didatangi oleh ibunya sendiri, ketika dia sedang asyik melakukan aksi demonstrasi. Kejadian yang dimuat naik oleh Teofilus melalui akaun TikToknya, @teww_13 telah menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi masyrakat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Bagi anda yang ingin mengambil bahagian dalam demo, minta izin daripada ibu anda terlebih dahulu, agar tidak seperti ini,” kata @teww_13 di akaun TikTok miliknya.

https://www.tiktok.com/@thenkck/video/6881191503788576002?referer_url=https%3A%2F%2Fwolipop.detik.com%2Fentertainment-news%2Fd-5206618%2Fkocaknya-aksi-emak-emak-berdaster-datangi-anaknya-saat-demo-omnibus-law&referer_video_id=6881191503788576002

Dalam video tersebut, seorang pelajar berbaju hitam didatangi oleh seorang ibu dengan gaun merah. Ibu dengan gaun merah itu menarik bahu anaknya sambil menolaknya keluar dari kumpulan pelajar yang sedang berdemonstrasi.

Sehingga hari ini, video tersebut telah ditonton lebih daripada 6.7 juta kali, menerima 767,000 tanda suka dan 26,000 komen dari pengguna TikTok. Sebilangan netizen memuji anak muda tersebut kerana tidak melawan ketika ditarik oleh ibunya.

Teofilus dalam kenyataanya memberitahu media bahawa dia tidak menyangka bahawa kejadian anak ditarik oleh ibunya akan menjadi viral.

Kejadian yang berlaku di pejabat DPRD di Kota Samarinda, Kalimantan Timur adalah sebahagian daripada aksi penunjuk perasaan yang meluap di beberapa kota besar Indonesia.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pengacara Ini Temuramah Kerusi Kosong, Menteri Kesihatan Indonesia ‘Hilang’ Selepas Kes COVID-19 Naik

Dakwa Ada Kelebihan Elak Peluru, Pesilat Wanita Indonesia Ini ‘Kantoi’ Tipu Penonton

Malaysia Halang Kemasukan Warganegara India, Indonesia Dan Filipina