Virgil Abloh, hari ini telah mendedahkan gambar sarung tangan bola sepak Mercurial Touch gloves melalui kolabrasi terbaru Off-White™ bersama jenama Nike.

Ini merupakan pertama kali mereka bekerjasama untuk menghasilkan sarung tangan ini. Difahamkan sarung tangan ini telah dihantar ke penjaga goal pasukan negara England iaitu Joe Hart dari pasukan West Ham dan Jordan Pickford dari pasukan Everton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui kolaborasi ini, Virgil telah memilih gabungan warna putih dan oren. Trademark logo Off-White™ beserta tanda nama penjaga gol England ini antara yang disertakan. Sarung tangan Nike Goalkeeper Mercurial Touch dikatakan bakal mula disarung oleh dua penjaga gol utama England pada FIFA World Cup 2018.

virgil-abloh-off-white-nike-football-goalkeeper-gloves-001