Virgil Abloh yang sedang dalam proses mempersiapkan koleksi fesyen barunya baru-baru ini telah berkongsi di dalam Instagram beliau patung dengan ketinggian 12 tingkat dan sekaligus meraikan hasil karya koleksi SS19 yang diinspirasikan oleh The Wizard of Oz.

Abloh mengesahkan bahawa setiap studio reka bentuk yang dimiliki beliau sedang bekerja keras untuk menyiapkan kesemua karya kerana lebih banyak koleksi yang perlu disiapkan dalam jangka masa tiga minggu ini

Patung besar setinggi 12 tingkat yang menarik itu menggambarkan model berwarna yang dihasilkan yang dipamerkan di dalam ruang pameran. Difahamkan pilihan warna patung sedemikian mampu memberi ilusi optik buat para pengunjung yang datang ke ruangan pameran.

Oleh kerana ianya hanya boleh dilihat apabila berdiri di lokasi tertentu sahaja, Abloh akan menandakan tempat tertentu tersebut dengan semburan cat bertanda “X” supaya orang ramai yang melalui tempat itu dapat melihat sepenuhnya patung tersebut.

Difahamkan arca besar berwarna-warni ini bakal turut ditempatkan di Stesen Harajuku. Buat anda yang bakal ke Jepun kelak, kemungkinan anda berpeluang melihat seni yang dihasilkan Virgil Abloh

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.