Dalam usaha untuk meneruskan kolaborasi diantara Nike dan Off-White™, kedua-dua jenama ini bakal mengeluarkan model Air Jordan 1 ‘UNC’ yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Model terbaru ini tidak mempunyai banyak bezanya dengan model sebelum ini. Aoa yang membezakan model ini adalah seleksi warna sahaja. Model ini telah menggunakan warna biru yang diinspirasikan daripada University of North Carolina.

Untuk pengetahuan anda, University of North Carolina merupakan tempat bermulanya karier Michael Jordan sebagai pemain bola keranjang sebelum memasuki NBA.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Kasut Off-White™ X Air Jordan 1 ‘UNC’ bakal dijual secara rasmi pada 9 Jun 2018 dengan harga $190 (RM 744.70). Harga resell yang tinggi antara yang dijangkakan bagi model ini.