Dermawan dan usahawan taraf billionaire, Sir Richard Branson telah melancarkan dengan rasmi hotel pertamanya, Hotel Virgin di Chicago, Amerika Syarikat.

Semestinya Hotel Virgin mahu menawarkan sesuatu yang lebih baik seperti mana perkhidmatan syarikat penerbangan Richard Branson. Maka, kadar harga Hotel Virgin ini lebih rendah berbanding hotel-hotel di persekitarannya dengan permulaan harga USD $250 semalaman. Pihak hotel turut menekankan tidak akan mengenakan caj tambahan untuk wi-fi atau pembatalan tempahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca: Kelebihan Hotel Virgin Richard Branson

Hotel Virgin menyediakan 250 buah bilik tetamu di bangunan bersejarah Loop, Old Dearbon Bank Building. 40 buah bilik jenis suite satu-bilik dan dua buah suite penthouse. Hotel Virgin ini mensasarkan golongan orang bisnes. Kepala katil dan kaki yang bersifat ergonomik memudahkan tetamu melakukan kerja dari katil. Keselesaan inilah yang Hotel Virgin mahu terapkan di dalam minda tetamu mereka.

Kata-kata Richard Branson ketika pengumuman pembukaan Hotel Virgin Chicago:

“It’s been a long held dream to start beautiful, comfortable, fun hotels for guests and give them what they want and need while being gentle on their wallets.”

Lihatlah Keunikan 31 Gambar Hotel Virgin Milik Richard Branson Yang Pertama Ini

Papan Tanda Virgin Hotel

Pintu Utama

Perkhidmatan Ulang-Alik Hotel

Virgin Hotel telah bekerjasama dengan Tesla untuk menggunakan kereta elektrik Tesla Model S P85D sebagai pengangkutan buat tetamu hotel sebagai satu perkhidmatan ulang-alik (shuttle service) ke sekitar Chicago.

virgin hotel 1b

Kaunter Penyambut Tetamu

Ruang Legar Bilik Hotel

virgin hotel 4b

Bilik Penginapan

Palam suis disediakan di tempat yang mudah dicapai dan praktikal digunakan untuk mengecaj gajet ketika beradu di katil.

Semua bilik penginapan Hotel Virgin direkabentuk dengan dua ruangan bagi memberi pengalaman berbeza kepada tetamu bisnes dan keseronokan. Pintu gelungsur untuk memisahkan ruangan tidur dan ruangan bersolek dan bilik mandi. Ini bagi memastikan bilik kedap bunyi dan membantu tetamu berehat dengan selesa sementara salah seorang tetamu menggunakan bilik mandi atau pengering rambut.

Ruangan Chilling

Hotel Virgin menampilkan peti sejuk mini jenama SMEG, televisyen pintar LG, dan meja bulat berserta kerusi Vespa yang unik. Makanan ringan boleh ditempah semasa lakukan tempahan hotel, ia adalah sebahagian dari add-on item.

Bilik Air

Ruangan Bersolek Dan Almari Pakaian

Balkoni Hotel

Ruangan Sosial

Restoran dan bar direkabentuk mengikut idea perjumpaan face-to-face sama ada di siang hari atau malam hari dengan parti eksklusif. Ia dibuka untuk tetamu hotel dan orang tempatan. Pihak Hotel Virgin menganggap ruangan-ruangan sosial ini seperti: “dynamic hybrid of bar/lounge, laid-back study and restaurant – all with the vibe of a private members club.

virgin hotel 8a virgin hotel 8b virgin hotel 8c

Sumber: HypeBeast, Virgin-Tesla, Beyond Measure, Virgin-Room, SF Gate, Travel Weekly, Curbed, Chicago Eater, CN Traveler, Forbes

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram