Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita penularan virus misteri di China. Malah, ada yang beranggapan virus influenza yang mula merebak di Malaysia berkaitan dengan penyebaran wabak tersebut tetapi sebenarnya tidak berkait.

Untuk pengetahuan anda, virus misteri yang tular di China kini difahamkan telah merebak ke Jepun. Hal ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun dimana seorang lelaki yang baru pulang dari Wuhan, China dijangkiti wabak pneumonia berpunca daripada virus tersebut.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Berikutan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran penularan virus coronavius yang boleh menyebabkan selsema sehingga kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Malah, virus itu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS). Anda dinasihatkan untuk tidak bersentuhan dengan binatang, berada du pasar dan berdekatan dengan produk haiwan jika ke Wuhan.

Pastinya penularan wabak ini cukup membimbangkan. Buat anda yang ingin ke sana, pastikan diri anda sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Tahukah anda simptom-simptom influenza A? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ini Simptom Influenza A Yang Anda Perlu Tahu Dan Cara Untuk Mencegahnya

Virus Misteri Menyerang Wilayah Di China, Pelancong Diminta Berjaga-Jaga

5 Sebab Masyarakat Jepun Gemar Pakai Topeng Muka

Anda Mungkin Suka