Kerajaan di negara-negara Asia kini sedang menjalankan pemantauan yang lebih kepada pelancong yang keluar dan masuk dari China selepas pihak kerajaan China merekodkan 44 kes penyakit misteri.

Virus ini menimbulkan kerisauan kerana ia mengingatkan pegawai perubatan terhadap penyakit Severe acute respiratory syndrome (SARS) yang pernah menyebabkan ratusan penduduk Asia meninggal dunia 17 tahun yang lalu.

Pada tahun 2003, SARS merebak ke 26 negara dan menyerang 8,000 pesakit dan dilaporkan 750 nyawa terkorban akibat SARS. SARS yang turut bermula di China, tersebar menerusi jangkitan antara manusia; apabila individu yang dijangkiti menyebarkan virus tersebut menerusi batuk dan bersin.

Pihak berkuasa di Hong Kong, Macao, Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan kesihatan dan suhu badan lebih ketat di balai ketibaan untuk penerbangan dari Wuhan, China di mana virus ini mula dikesan.

Setakat ini, kerajaan China mengesahkan 11 pesakit kekal dalam keadaan kritikal dengan pesakit mengalami simptom demam serta kesukaran untuk bernafas.

Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan memakai topeng muka sekiranya perlu melawat Central China terutamanya Wuhan.

Faktor kesihatan merupakan salah satu sebab mengapa orang Jepun gemar memakai topeng dalam kehidupan seharian mereka. Anda boleh bacanya lagi dalam artikel di bawah.

5 Sebab Masyarakat Jepun Gemar Pakai Topeng Muka

Malaysia Tawarkan Pengecualian Visa Buat Pelancong China Dan India Bermula Tahun Hadapan