Menurut Astro Awani, firma teknologi pembayaran global iaitu Visa, telah bekerjasama dengan PLUS Malaysia Bhd bagi merintis program RFID PLUS untuk memodenkan pembayaran tol di Malaysia.

Pengurus Visa Negara Malaysia, Ng Kong Boon berkata program ini adalah satu alternatif baharu untuk pemandu yang mahu membayar tol dengan menggunakan kad kredit Visa, debit atau prabayar dan ia juga salah satu cara untuk memperluaskan sejak penerimaan Visa di Malaysia.

maxresdefault
Sumber: YouTube KLGadgetTV

Dengan adanya sistem terbaru ini, para pemandu dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol akibat kelewatan atau kegagalan dalam menambah semula baki yang berkurangan kerana ianya telah menawarkan fleksibiliti dan kebebasan kepada pemandu Malaysia untuk membayar tol melalui kad kredit dan debit.

Alat tag RFID PLUS itu yang telah menghubungkan secara terus kepada akaun kad kredit atau debit pemandu, akan diberi percuma kepada para pemandu di Malaysia yang menyertai program perintis awam di Jambatan Pulau Pinang, BKE dan Jitra mulai 15 Disember ini.