Ianya pasti satu pengalaman yang menyeronokkan jika dapat bekerja di luar negara. Sambil merasa berjalan di tempat orang, dapat juga wang untuk sara hidup.

New Zealand akan mula membuka permohonan untuk working holiday visa kepada rakyat Malaysia bermula 23 Januari depan pada jam 5 pagi waktu Malaysia. Dengan adanya visa ini, anda bebas untuk bekerja atau belajar sepanjang anda travel di New Zealand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Work NZ

Menurut laman sesawang rasmi Imigresen New Zealand, bagi sesiapa yang ingin memohon visa travel sambil bekerja tersebut perlulah bekerja selama 6 bulan atau ke atas di sana. Walau bagaimanapun, pemohon mesti mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZ$2,250 (RM6,100) sebagai persediaan untuk membayar tempat tinggal dan lain-lain.

Terdapat beberapa kriteria yang perlu anda ikuti untuk memenuhi syarat permohonan visa tersebut. Antaranya;

1. Anda perlu berumur di antara 18 hingga 30 tahun.
2. Tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap di sana.
3. Bagi yang sudah berkeluarga, tidak boleh bawa anak dan pasangan. Jika mahu bawa pasangan, mereka perlu buat visa berasingan.

Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 (~RM860) yang mana anda boleh membayarnya melalui kad kredit atau kad debit. Hanya 1,150 visa ini akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia. Jadi pastinya akan perlu berebut dengan pemohon lain dari Malaysia untuk mengisi quota 1,150 visa ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohona visa kerja ini, anda boleh tekan di sini. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber