Sebut sahaja melancong, pasti ada daripada anda sudah tersenyum gembira. Bagaimana kami katakan anda berpeluang untuk bekerja di luar negara untuk sara kehidupan dan berjalan-jalan di luar negara?

Untuk pengetahuan anda, New Zealand bakal membuka permohonan untuk working holiday visa kepada rakyat Malaysia bermula pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand dan 5 pagi waktu Malaysia. Dengan adanya visa ini, anda dibenarkan untuk bekerja atau belajar sepanjang anda travel di New Zealand.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan bahawa pemohon yang ingin memohon visa travel sambil bekerja tersebut perlulah bekerja selama 6 bulan atau ke atas di sana. Walau bagaimanapun, pemohon haruslah mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZ$2,250 (RM6,100) sebagai persediaan untuk membayar tempat tinggal dan lain-lain.

Screenshot 2020-01-06 at 10.20.27 AM

Akan tetapi, terdapat beberapa kriteria yang perlu anda ikuti untuk memenuhi syarat permohonan visa tersebut. Antaranya adalah anda perlu berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap di sana.

Bagi anda yang sudah berkeluarga, anda tidak boleh bawa anak dan pasangan. Jika mahu bawa pasangan, mereka perlu buat visa berasingan. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 (~RM860) menggunakan kad kredit atau kad debit.

Adalah diingatkan bahawa hanya 1,150 visa ini akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia. Jika anda berminat untuk memohon visa ini dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini. Semoga berjaya!

Teruja untuk memohon visa ini? Apa kata anda baca dahulu tip untuk memohon visa ini pada pautan di bawah. 

Travel Sambil Kerja, 5 Tip Mohon ‘Working Holiday Visa’ Di New Zealand

10 Tips Anda Patut Tahu Sebelum Jelajah Ke New Zealand

Lelaki Ini Dedah Bagaimana Beliau Buat ‘Road Trip’ Percuma Di New Zealand

Sumber