Kementerian Dalam Negeri Qatar (MOL), Pihak Berkuasa Pelancongan Qatar (QTA), dan Qatar Airways dalam satu kenyataan telah mengumumkan bahawa Qatar kini telah membenarkan kemasukan visa percuma kepada 80 negara berkuatkuasa serta-merta. Kenyataan yang dikeluarkan pada awal bulan Ogos ini turut menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mendapat pengecualian kemasukan tanpa visa ke Qatar.

Rakyat Malaysia yang ingin berkunjung atau melancong ke Qatar kini tidak perlu lagi membuat sebarang permohonan atau pembayaran visa. Tempoh sah 90 hari diberikan bermula dari tarikh yang dikeluarkan. Dalam laporan yang lain berkata, pengecualian caj visa (VOA) oleh Kerajaan Qatar kepada rakyat Malaysia adalah sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia yang banyak bekerja dalam bidang profesional dan teknikal di Qatar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, tawaran visa percuma kepada 80 negara ini juga bertujuan untuk menggalakan lebih ramai pelancong ke Qatar pada masa akan datang. Akhbar Al-Baker, selaku Ketua Eksekutif Qatar Airways berkata, “pengumuman ini bakal menjadikan Negara Qatar sebagai negara paling terbuka di rantau ini. Ia adalah peristiwa penting bagi Qatar untuk menjadi negara paling terbuka yang menerima kemasukan pelbagai bangsa dari seluruh dunia ke Qatar tanpa visa merupakan sesuatu yang sangat membanggakan”.

BACA JUGA: Dipilih Syarikat Penerbangan Terbaik 2017, 5 Perkara Usahawan Boleh Belajar Dari Qatar Airways