Rasanya jarang hendak nampak orang memakai kasut terompah kayu untuk dibuat kerja apatah lagi untuk dibuat berjalan-jalan. Di Jepun, terompah atau dikenali sebagai geta adalah kasut yang dipakai untuk aktiviti seharian dan disebabkan bahagian bawahnya kayu yang tinggi, ianya juga dipakai di waktu musim sejuk untuk berjalan di atas salji untuk mengelakkan kaki basah.

Geta tidak mempunyai segi dan bahagian kiri dan kanan adalah sama. Jenama terkemuka Jepun, Visvim mengeluarkan geta versi mereka dengan beberapa warna yang boleh dipilih. Motif bandana menghiasi geta ini yang menambahkan lagi keunikan geta ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Barangan yang dihasilkan oleh jenama Visvim ini memang sangat berkualiti tinggi dan limited. Dan disebabkan itu, geta ini dijual pada harga ¥54,000 JPY (lebih kurang RM2187). Sanggup tak anda untuk berbelanja lebih RM2,000 untuk sepasang terompah yang cantik ini? Kalau pakai geta ini dan jalan di Bangsar, memang orang pandang punyalah. Lain dari yang lain gaya anda nanti.