Mungkin ianya idea yang bagi kita tidak masuk akal, tetapi sebuah syarikat penerbangan penerbangan tambang murah di Colombia, VivaColumbia merancang untuk membuang kerusi di dalam kapal terbang dan mahu penumpangnya berdiri.

Kemungkinan kerusi kapal terbang yang standard dijangka akan digantikan dengan kerusi berdiri seperti gambar di bawah di mana jarak dengan kerusi di hadapan adalah lebih kecil supaya setiap penerbangan dapat membawa lebih ramai penumpang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan peningkatan kadar pelancong yang berkunjung ke negara tersebut saban tahun, ianya idea yang bagi mereka dapat mengurangkan lagi harga tiket supaya ianya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat terutamanya budget traveller.

Pengasas VivaColombia, William Shaw berkata memang ada yang berminat untuk terbang berdiri dan mereka sendiri sedang mencari cara untuk mengurangkan lagi kos tiket untuk penumpang terbang. ” Tiada siapa yang peduli jika tiada sistem inflight entertainment untuk penerbangan satu jam dan tiada siapa pun peduli jika tidak dijamu kacang ketika terbang. Janji mereka dapat sampai ke destinasi,” tambah Shaw.

Namun impian VivaColombia untuk realisasikan perkara ini tampak samar apabila Civil Aviation Authorities(CAA) tidak menyukai idea ini. Direktor CAA Colombia Alfredo Bocanegra berkata, “Semua orang perlu terbang seperti manusia biasa. Siapa yang menggunakan pengangkutan awam pasti lebih tahu. Tiada siapa yang mahu berdiri dan lebih selesa untuk duduk.”

Konsep untuk penerbangan berdiri ini sudah lama didebatkan. Idea untuk kerusi berdiri juga pernah dibuat Airbus pada tahun 2003 tetapi nampaknya ianya hanyalah sekadar konsep sehingga kini. Jika suatu hari nanti penerbangan tanpa kerusi ini diberi green light, adakah anda mencubanya?