Disaat jenama telefon pintar lain berlumba-lumba untuk menjadi yang tercanggih baik dari rekaan mahupun kualiti kamera, Vivo nampaknya mahu tampil berbeza pada kali ini dengan menjadi yang terawal menawarkan telefon pintar dengan rangkaian 5G.

Berdasarkan gambar yang tertiris, Vivo Nex antara yang menjadi telefon pintar terawal dengan penawaran internet 5G. Setakat ini, Vivo masih belum mendedahkan kelajuan internet maksimum yang boleh dicapai telefon pintar keluaran mereka.

vivo5g

Selain itu, dikatakan Huawei dan Samsung juga antara yang dalam proses dalam menawarkan telefon pintar 5G. Internet dengan rangkaian 5G membolehkan pengguna menikmati internet dengan kelajuan sehingga 10Gbps.

Walaubagaimanapun, semuanya tertakluk kepada telco di sesebuah negara dalam menawarkan rangakaian yang terbaik buat para pengguna.

Baca lagi: Cyberjaya Dipilih Sebagai Bandar Pertama Dengan Kelajuan Internet 5G

Sumber