Jenama telefon pintar pakar swafoto, telah memperkenalkan telefon pintar dengan teknologi terkini serta skrin penuh tanpa takuk yang sedang jadi fenomena.

Vivo NEX didatangkan dengan skrin 6.59-inci dengan resolusi HD+ penuh. Ia menggunakan cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan storan 128GB dan akhir sekali telefon pintar ini dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Vivo NEX Media Launch_Image 1

Menarik tentang model NEX ini adalah kamera hadapannya yang boleh ‘disembunyikan’. Ia berbeza sedikit dengan Oppo Find X kerana hanya kamera depan sahaja yang tenggelam. Selain fungsi kamera boleh tenggelam, telefon ini turut teknolgi AI (kecerdasan buatan) untuk menghasilkan gambar lebih cantik daripada biasa.

Selain itu terdapat juga ciri yang amat menarik iaitu teknologi ‘Screen Soundcasting’ di mana speaker suara berada dibelakang skrin dan dapat memberikan bunyi yang lebih cantik. Ini merupakan inovasi terbaru yang hadir untuk rekaan telefon pintar bezelless (nirbingkai).

Untuk pasaran di Malaysia, Vivo menawarkan harga serendah Rm2,799 dan akan mula dijual pada 28 Julai 2018 diseluruh cawangan mereka.

NEX_03

NEX_04

NEX_05

NEX_01

NEX_02