Bersempena dengan pelancaran siri vivo V25, vivo dengan berbesar hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menyertai peraduan terbaru mereka iaitu 99 Nights In Potrait.

Menerusi peraduan yang dilancarkan, vivo berharap rakyat Malaysia mampu mempamerkan kreativiti masing-masing dalam memaparkan keindahan potrait pada waktu malam atauu pada keadaan cahaya bersama keadaan sekitar.

Baca Juga:

Menariknya, peraduan ini dibuka buat semua individu tidak kira sama ada pengguna vivo atau sebaliknya di mana para pemenang berpeluang memenangi hadiah sehingga RM5,000. Menarik bukan?

Hanya terdapat dua langkah mudah untuk anda menyertainya. Pertama anda perlu mendapatkan gambar potrait yang diambil pada waktu malam menggunakan telefon pintar sahaja. Khusus buat pengguna vivo, memaparkan watermark telefon pintar antara yang dicadangkan.

Seterusnya, anda sekadar perlu muat naik gambar tersebut menerusi platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter dengan hashtag #vivo99NightsinPortrait dan #vivoMalaysia. Peraduan vivo 99 Nights In Potrait ini sedia berlangsung bermula 5 Oktober sehingga 5 November ini.

Sebanyak 20 hadiah menarik sedia untuk dimenangi manakala hadiah utama yang bakal ditawarkan buat pemenang adalah sebuah vivo V25e.

Selain itu, hadiah-hadiah seperti DJI OM6, Joyoung Soy Milk Maker dan Joyoung Portable Juice Blender antara yang bakal ditawarkan buat para pemenang. Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan yang dianjurkan serta senarai pemenang yang diumumkan dengan layari laman Facebook rasmi vivo.