Vivo dengan kerjasama Synaptics pada awal tahun ini telah mengumumkan teknologi terbaru mereka yang membolehkan pengguna unlock smartphone hanya dengan menggunakan pengimbas cap jari diatas skrin.

Syarikat yang berasal dari China ini nampaknya tidak menunggu lama dengan mengumumkan model X20 Plus UD yang hadir dengan teknologi ‘Vivo In-Display Fingerprint Scanning Technology’ pada minggu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen_Shot_2018-01-23_at_1_14_09_PM

Dari segi spesifikasi, Vivo X20 Plus UD menggunakan processor Snapdragon 660, RAM 4 GB dan ruang storan 128 GB. Mungkin bukan spesifikasi seakan smartphone flagship yang ditawarkan pada masa kini, namun penawaran teknologi pengimbas cap jari diatas skrin bakal menjadi keistimewaan buat telefon ini.

Bagi membuatkan model ini tampil lebih moden dan futuristik, Vivo X20 Plus UD turut ditawarkan dengan paparan bezelless. Bateri sebesar 3,800 mAh dan Kamera 24-Megapixel pada bahagian belakang antara yang tersedia.

Setakat ini masih belum ada berita mengenai penawaran Vivo X20 Plus UD untuk pasaran Malaysia. Model ini bakal ditawarkan di China dengan harga sekitar RMB 3,998 (~RM 2,453). Sebuah harga yang berbaloi untuk sebuah teknologi yang baru.

Sumber