Siri V daripada merupakan sebuah siri yang memfokuskan kepada kreativiti serta kemampuan kamera. Siri ini menjadi pilihan khusus buat mereka yang mahukan yang terbaik pada setiap gambar yang diambil. Pada kali ini, siri ini kembali lagi menerusi dua model terbaru iaitu Vivo V20 dan Vivo V20 Pro.

Rekaan dan spesifikasi

Vivo-V20-review-pros-cons-india_-7

Sumber: Smartprix

Hadir dengan rekaan yang moden dan slim, Vivo V20 dilengkapi dengan skrin 6.44-inci AMOLED dan dikuasakan oleh processor Snapdragon 720G. RAM 8GB dan storan 128GB antara yang ditawarkan. Menariknya Vivo menawarkan pengecasan 33W Fast Charge buat kedua-dua model yang berkapasiti 4,000mAh.

Vivo V20 Pro pula sebagai model dengan spesifikasi yang lebih tinggi bagi siri V20. Berkongsi saiz skrin yang sama, Vivo V20 Pro dilengkapi processor Snapdragon 765G, RAM 8GB dan ruang storan 128GB. Model Pro ini juga turut dilengkapkan dengan rangkaian 5G.

Kamera

Vivo-V20-Pro-test2

Sumber: Xdadevelopers

Dari segi kamera, Vivo siri V20 dilengkapi dengan tiga kamera pada bahagian belakang dengan sensor 64-megapixel.

Bukan sahaja memfokuskan kepada kamera belakang semata-mata, model ini turut dilengkapi dengan kamera swafoto 44-megapixel beserta teknologi eye autofocus. Dalam erti kata lain, swafoto anda akan kelihatan lebih menarik dan jelas pada setiap foto yang diambil

Harga

Vivo-V20-Pro-5G-price-specs-Revu-Philippines

Sumber: revu

Mengulas dari segi harga, Vivo Malaysia sedia menawarkan Vivo V20 dengan harga RM1,499 manakala model Vivo V20 Pro 5G hadir dengan harga RM1,899. Sebuah harga yang berbaloi berdasarkan spesifikasi serta ciri menarik yang ditawarkan.

Pada tahun lalu, Vivo telah mengumumkan pelan mereka untuk menjadi yang terawal menawarkan teknologi internet 6G.

Vivo Muncul Antara Jenama Terawal Memulakan Teknologi 6G

Vivo Super Flash Charge 120W Tawarkan Kepantasan Pengecasan 4000mAh Dalam 13 Minit

Anda Mungkin Suka