Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bermula dengan menawarkan telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi berbaloi buat para pengguna, siapa sangka jenama vivo mampu melangkah jauh sehingga berjaya menawarkan sebuah telefon pintar dengan teknologi rakaman yang serba canggih.

Terbaharu, vivo Malaysia telah melancarkan sebuah filem pendek bertajuk The Incident. Menariknya, filem pendek yang sarat dengan sinematografi yang menarik ini berjaya dirakam dengan hanya menggunakan model terbaru vivo iaitu vivo X60 Pro.

Vivo-X60-Pro-review-with-pros-and-cons-India-11

Sumber: Smartprix

Kisah The Incident yang berjaya ditayangkan di GSC, 1 Utama pada minggu ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal yang terpaksa bekerja keras dalam membesarkan anaknya selepas kehilangan suaminya sewaktu musim pandemik.

Bantuan Gimbal Stabilization 2.0, Extreme Night Vision 2.0 beserta beberapa rakaman vivo X60 Pro yang mampu menawarkan warna yang baik sekaligus membuatkan filem pendek ini tampak lebih dramatik.

Anda boleh tonton dengan lebih lanjut filem pendek daripada vivo Malaysia ini dengan klik video di bawah. Pastinya anda akan teruja dengan teknologi rakaman yang sudah mulai ditawarkan pada telefon pintar.

Selepas ZEISS dan Leica, difahamkan Hasselblad turut bekerjasama dengan syarikat telefon pintar dalam menghasilkan imej terbaik.

Selepas ZEISS Dan Leica, Hasselblad Bakal Kerjasama Bersama Syarikat Telefon Pintar

4 Perkara Penting Dalam Menjamin ‘Work From Home’ Anda Berjalan Dengan Lancar

Anda Mungkin Suka