Disaat dua jenama smartphone terbesar iaitu Samsung dan Apple terpalit dengan ura-ura untuk mengumumkan smartphone dengan pengimbas cap jari terbina diatas skrin, Vivo nampaknya berjaya menjadi yang terawal untuk mengumumkan teknologi ini.

Penggunaan teknologi ini disokong oleh cip biometrik yang canggih membolehkan orang ramai boleh terus unlock smartphone mereka hanya dengan meletakkan ibu jari terus diatas skrin. Canggih bukan?

Telefon terbaru daripada Vivo ini bakal dilancarkan pada 28 Jun ini manakala smartphone yang tertera di dalam video berkenaan merupakan versi prototaip.

Pengeluaran teknologi terbaru yang diumumkan Vivo ini secara tidak langsung memberi sinar harapan kepada model terbaru Apple iPhone untuk tampil dengan teknologi yang sama. Pastinya tampak lebih moden dengan rekaan yang bezel-less.

Sumber