Disaat masih banyak negara sedang menguji teknologi 5G, Vivo selaku jenama yang popular dengan telefon pintar sudah mula penyelidikan mengenai rangkaian internet 6G.

Melalui usaha awal mereka, dapat dilihat Vivo sudah mula memperkenalkan rekaan tanda dagang bagi teknologi internet terbaru ini. Meskipun masih terlalu awal untuk melancarkan teknologi ini, teknologi 6G ini dikatakan bakal diperkenalkan secara meluruh menjelang 2030.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Vivo 6g trademark
Rekaan tanda dagang internet 6G daripada VIVO

Internet dengan rangkaian 6G ini dikatakan bakal menawarkan capaian internet mencecah Tbps atau dalam erti kata lain 1000 kali ganda lebih pantas berbanding internet 5G.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali pertama Vivo tampil sebagai jenama telefon pintar terawal dengan teknologi internet terbaru. Sebelum ini, Vivo berjaya memperkenalkan Vivo Nex 3 5G sebelum jenama-jenama telefon pintar lain memperkenalkannya.

Vivo sebelum ini turut memperkenalkan beberapa teknologi yang berjaya membuatkan orang ramai teruja serta penawaran telefon pintar mampu milik. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Vivo Perkenalkan Telefon Pintar 5,000mAh Dengan Tiga Kamera Belakang Berharga RM599

Vivo Super Flash Charge 120W Tawarkan Kepantasan Pengecasan 4000mAh Dalam 13 Minit