vivo pada baru-baru ini telah melangsungkan persidangan vivo Imaging Strategy di China bersama rakam kerjasama mereka iaitu ZEISS dalam memperkenalkan kemas kini terbaru buat kamera serta teknologi yang tersedia bagi model terbaru vivo.

Hadir dengan visi ‘restore what the eye sees, go beyond what the eye sees’, vivo komited untuk menawarkan pengalaman fotografi kepada peringkat yang lebih tinggi menerusi model keluaran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi persidangan tersebut, vivo telah memperkenalkan sensor CMOS yang lebih besar yang sekaligus 77% lebih sensitif berbanding sensor kamera vivo ketika ini iaitu vivo X80 Pro.

Mengulas mengenai potrait, vivo generasi baharu bakal dilengkapkan dengan lensa 50mm yang membantu menawarkan bokeh yang lebih realistik. Selain itu, vivo turut memperkenalkan cip pemprosesan yang membantu meningkatkan pemprosesan imej .

vivo turut komited dalam menawarkan telefon pintar yang menjadi pilihan juru foto dan juru video untuk digunakan pada bila-bila masa. Sama-sama kita nantikan vivo X series terbaru dalam menyaksikan perubahan terbaru yang bakal dibawakan pada model terbaru vivo.