Selain daripada perbandingan kualiti kamera, teknologi pengecasan pantas seringkali menjadi perlumbaan dikalangan jenama-jenama teknologi telefon pintar.

Terbaru, Vivo bakal memperkenalkan teknologi pengecasan terpantas pernah dihasilkan iaitu Super FlashCharge 120W. Melalui teknologi ini, para pengguna berpeluang mengecas telefon pintar 4000mAh dalam jangka masa 13 minit sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Vivo-120W

Sebagai perbandingan, pengurus produk Vivo turut berkongsi video di Weibo dimana teknologi terbaru ini berpeluang mengecas bateri daripada 10% kepada 14% dalam jangka masa 16 saat sahaja. Telefon pintar 5G dengan teknologi terbaru ini dijangka bakal diperkenalkan pada MWC Shanghai yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Sumber