Sekiranya anda mengikuti perkembangan syarikat dari China ini, pastinya anda mengetahui betapa pantasnya syarikat ini berkembang bermula dengan jenama yang tidak dikenali ramai sehinggalah tersenarai sebagai lima jenama pilihan pengguna seluruh dunia.

Dalam usaha untuk membawakan lebih banyak inovasi kepada penguna, Vivo pada minggu ini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Vivo V9. Smartphone flagship terbaru mereka juga berjaya menjadi model pertama dengan kehadiran notch sepertimana Apple iPhone X.

V9_KV1

Pada model ini, Vivo telah menawarkan turut teknologi FullView™ Display dalam memberikan kepuasan kepada pengguna dengan penawaran skrin bezelless bersaiz 6.3-inci. Selain itu, model ini turut dikhaskan buat mereka yang gemar bermain game.

Dari segi spesifikasi,  model ini telah menggunakan processor Snapdragon 626 beserta RAM 4 GB. Storan yang disertakan pada Vivo V9 adalah 64 GB namun para pengguna berpeluang menambah saiz storan melalui memori kad Micro SD sehingga 256 GB.

Menyoal dari segi kamera, Vivo V9 turut dilengkapkan dengan kamera 16-megapixel dan 5-megapixel beserta teknologi AI dalam memberikan gambar yang tampak lebih dinamik dan cantik. Khas buat mereka yang gemar berswafoto, anda pasti suka dengan smartphone ini kerana Vivo V9 turut disertakan dengan kamera hadapan 24-megapixel. 

V9_Image4

Berdasarkan spesifikasi yang diumumkan, jelas dapat dilihat model ini dikhusukan buat mereka yang mahukan smartphone yang tampak futuristik serta kamera yang memukau. Sekiranya anda tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan sesebuah smartphone, Vivo V9 antara yang anda boleh pertimbangkan dengan harga penawaran RM1,399.