Pengasas bersama jenama FashionValet dan dUCk Group, Vivy Yusof telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pengumuman tersebut dibuat di laman rasmi Facebook UiTM sebentar tadi. Berita tersebut turut dikongsikan oleh Vivy sendiri di laman Instagram beliau. “Alhamdulillah kerana telah diberi tugasan ini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadi ahli lembaga pengarah termuda di UiTM. Saya berharap saya dapat memberi sumbangan dari segi idea dan pembaharuan di UiTM,” tulis Vivy.

Jika dilihat dari segi Vivy Yusof membina empayar FashionValet dan dUCk Group sehingga berjaya ke peringkat antarabangsa, beliau layak untuk menjawat jawatan ini. Tahniah diucapkan kepada Vivy.