Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebuah berita yang mengejutkan apabila pengasas FashionValet dan duCK Group, Datin Vivy Yusof yang sering menjadi bualan netizen berikutan kontroversi lalu telah memilih untuk menfailkan saman fitnah terhadap seorang netizen berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut Berita Harian, saman fitnah yang difailkan Vivy Yusof terhadap Alia Najwa Hassannudin selaku defendan tunggal telah dijalankan menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu.

Difahamkan kes yang ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah serta pengurusan kes selanjutnya telah ditetapkan pada 7 Oktober 2020.

1-3-1

Sumber: Prestige Hong Kong

Berdasarkan penyataan tuntutan melalui carian dalam e-filing, Vivy Yusof selaku plaintif pada 28 Mac lalu telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan antara empat usahawan berkenaan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dakwanya, pada 30 Mac lalu, Alia Najwa Hassannudin telah menerbitkan beberapa kenyataan membabitkan Vivy Yusof di akaun Facebook dan Instagram miliknya beliau dengan menyatakan Vivy mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40, sedangkan mereka tidak memberi sumbangan kepada ekonomi.

Menurut Vivy, kenyataan yang diterbitkan oleh Alia Najwa Hassannudin mempunyai niat jahat untuk orang ramai mencemuhnya telah tular di media sosial serta dikongsi ramai.

Tambahnya lagi, fitnah yang dijalankan telah membuatkan tampilnya sebuah petisyen di laman web pada 1 Mei 2020 bagi mendesak Vivy Yusof dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM dimana petisyen tersebut telah ditandatangani oleh lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.

unnamed-4

Sumber: Cosmopolitan

Usahawan tersebut dilaporkan mengeluarkan surat tuntutan kepada Alia Najwa untuk berhenti menerbitkan sebarang pernyataan fitnah lanjut terhadap beliau pada sebarang laman sosial.

Alia Najwa walau bagaimanapun telah membalas surat tuntutan Vivy Yusof melalui Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak Vivy Yusof sebelum memilih untuk memadam akaun laman sosialnya.

Sehubungan dengan itu, Vivy Yusof telah memohon ganti rugi am, teruk dan teladan serta perintah supaya Alia Najwa memadamkan penerbitan penyataan fitnah selain tampil dengan permohonan maaf.

Sebelum ini, seorang artis telah menerima surat amaran selepas menghasilkan poster parody Vivy Yusof.

Artis Terima Surat Amaran Selepas Hasilkan Poster ‘Parody’ Vivy Yusof

Bekas Peminat Vivy Yusof Ini Kongsi ‘Nasihat Berguna’ Buat Golongan B40 Dan M40

Netizen Mahu Dato’ Rizalman Dilantik Sebagai Lembaga Pengarah UiTM Gantikan Vivy Yusof

 

 

Anda Mungkin Suka