Presiden Vladimir Putin terus menerus menambah tekanan ke atas Ukraine apabila mengarahkan pasukan nuklear Rusia dan semua pasukan ketenteraannya untuk berada dalam situasi bersiap sedia atau ‘speacial alert‘, lapor AP News.

Putin memberitahu menteri pertahanan Rusia bahawa arahan ini hadir selepas ‘kenyataan agresif’ oleh Barat, ditambah pula dengan kecaman meluas yang dihadapi oleh Rusia, terutamanya dari negara Eropah dan Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemimpin tersebut mendakwa Barat mengambil langkah ‘tidak mesra’ terhadap Moscow dengan melaksanakan siri sekatan ekonomi yang disifatkan sebagai tidak sah.

Ini menimbulkan kebimbangan bagi para pemerhati bahawa pencerobohan Ukraine akan membawa kepada perang nuklear. Namun menurut laporan media BBC, pengumuman itu tidak bermakna Rusia akan menggunakan senjata tersebut.

Minggu lalu, Putin telah memberi amaran bahawa “sesiapa yang cuba menghalang kami” di Ukraine akan menerima akibat “yang tidak pernah anda lihat dalam sejarah”. Kata-kata itu ditafsirkan secara meluas sebagai isyarat ancaman untuk menggunakan senjata nuklear jika Barat menghalangnya.

Amaran itu menjadi lebih tajam pada hari Ahad lalu apabila dia mengarahkan menteri pertahanan Rusia dan ketua kakitangan am tentera untuk meletakkan pasukan nuklear pada “rejim khas tugas tempur”.

Selepas pengumuman Putin, EU mengumumkan sekatan dan tindakan baharu yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap Rusia, termasuk; pembiayaan senjata untuk Ukraine, larangan sepenuhnya ke atas pesawat Rusia menggunakan ruang udara EU, melarang saluran media kerajaan Sputnik dan Russia Today dari wilayah EU.

Di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan delegasi Rusia di lokasi yang tidak ditentukan di sempadan Belarus.

Zelensky berkata dalam perbualan dengan pemimpin Belarus Alexander Lukashenko, pihak Ukraine telah bersetuju untuk bertemu Rusia tanpa prasyarat berhampiran Sungai Pripyat.

Bagaimanapun, pihak Rusia mahupun Belarus sehingga ke hari ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kemungkinan rundingan akan berlaku.

Vladimir Putin isytihar perang ke atas Ukraine, 6 bandar dilaporkan telah diserang. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Vladimir Putin Isytihar Perang Ke Atas Ukraine, 6 Bandar Dilaporkan Telah Diserang

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Vladimir Putin Isytihar Perang Ke Atas Ukraine, 6 Bandar Dilaporkan Telah Diserang