Kerepek ubi sering dimakan sebagai makanan ringan apabila kita menonton filem di pawagam, atau duduk melepak ditengah jalan.

Apa yang menariknya di Malaysia, kerepek ini datang dalm pelbagai bentuk dan perisa, selain itu ia juga dihidangkan dalam paket berbentuk premium dan plastik lut sinar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, seorang vlogger dan YouTuber UK, Nicole Crewe, yang berpangkalan di Kuala Lumpur baru-baru ini telah meluahkan pendapatnya tentang perisa kerepek di Malaysia yang didakwa olehnya sebagai pelik.

“Rakyat Malaysia mempunyai rasa yang sangat pelik apabila bercakap tentang kerepek kentang.”

@nicolecrewe When in fact the only flavour needed is salt&vinegar.. lol #fyp #foryou #foryoupage #malaysia #traveltiktok #travelmalaysia #malaysiatiktok #kualalumpur #foodtiktok #wierdfood ♬ original sound – Nicole

Di sebuah pusat beli-belah di KL, Nicole sedang meneliti pelbagai jenis perasa kerepek yang dipamerkan di kedai serbaneka.

Semua kereek tersebut, terdiri daripada perasa telur masin, sotong cili api, ayam panggang, truffle hitam, dan Tom Yam.

Dalam kapsyen siaran TikToknya untuk video itu, Nicole berkata bahawa satu-satunya perisa yang diperlukan untuk kerepek ialah garam & lada.

Tindakan Nicole ini bagaimanapun telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia. Kebanyakan mereka menyarankan Nicoleuntuk mencuba pelbagai jenis perasa yang ditaarkan di negara ini.

“Negara luar mungkin jadi negara pertama yang menghasilkan kerepek, tetapi kami menyempurnakan rasanya,” kata salah seorang netizen sebelum disambung oleh netizen yang lain, “Cuba perasa salted egg, confirm repeat order.”

“Kami tak pelik, cuma berbudaya. Kamu yang pelik, kerana tidak pernah berani untuk mencuba sebelum hasilkan kandungan seperti ini,” kata seorang pengguna TikTok. “Tak semua benda perlu letak garam dan Lada, kita boleh bereksperimen dengan makanan,” kata netizen yang lain.