Kalau anda sudah bosan dengan ‘inti’ pizza tipikal seperti peperoni, daging kisar dan hirisan ayam, anda boleh ke US Pizza Desa Sri Hartamas untuk cuba menu special mereka ini, Pizza Sambal Petai Udang. Selalu anda makan sambal dengan nasi bukan? Ini anda makan sambal dengan roti. Unik tapi gabungan yang awesome!

Sebab Bella peminat salted egg dan ada pilihan itu di sini, Bella juga order Pizza Salted Egg. Sedap dua-dua flavor ini sampai terpejam mata Bella dibuatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat penggemar cheese pula, Pizza Cheese Boat ini untuk anda. Sampai hampir melimpah cheese daripada doh pizzanya.

Kalau anda mahu cuba, jangan lupa untuk berikan kod ‘BZFEB20’ ini di kaunter untuk dapatkan 10% diskaun. Kod ini hanya tertakluk di US Pizza Desa Sri Hartamas. Tunggu apa lagi? Jom!