Bella kembali lagi dalam Vocket Makan dan kali ini terjah sebuah restoran yang sinonim dalam kalangan rakyat malaysia iaitu Burger Bakar Abang Burn.

Siapa sangka, apa yang mengejutkan Bella adalah bukan sahaja ada burger yang dijual tetapi Set Sotong Gergasi bersaiz XXL, Set Kambing Bakar dan lain-lain. Pendek kata, macam-macam ada. Makan sekali pasti terangkat kenikmatannya.

Jadi, nak tahu apa yang menarik dalam Vocket Makan kali ini? Jom sama-sama kecur lidah lihat Bella makan!