Minggu ini Bella berkunjung ke Warung Ayam Penyet Mak Lampir. Ayam penyet yang disajikan penuh dengan isi. Tak lupa juga set ikan tilapia yang sebesar muka Bella. Dan yang paling penting semua juadah di sini dihidangkan panas-panas bagi mengekalkan rasa sedap itu.

Bella juga kata sos ayam penyet di sini lain dari ayam penyet di luar sana. Nak tahu ikan tilapia sebesar muka Bella itu sedap atau tidak? Tonton sahaja video ini dan jangan lupa sediakan tisu untuk lap air liur korang yang akan meleleh tu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →