Seperti biasa, Bella kembali semula dalam video Vocket Makan kali ini. Dan minggu ini, Bella singgah ke TTDI Plaza yang berdekatan dengan butik Naelofar untuk mencuba makanan yang disediakan di Brunch & Brasserie.

Lamb Shank Briyani memang mantap, dagingnya itu sangat lembut dan empuk. Makan bersama Nasi Briyani yang dimasak dengan secukup rasa itu, memang terbaik! Boleh juga gandingkan Lamb Shank dengan Roti Crusted yang dijadikan lapisan balutan itu. Selain itu, Fettucine Carbonara Udang Galah juga power.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Jarang kita dengar orang makan Fettucine bersama dengan Udang, tapi gandingan ini memang mencetuskan rasa yang mantap. Untuk pilihan air, boleh cuba Green Apple Soda. Minuman ini memang favourite Bella, sangat refreshing kata Bella.

Anda Mungkin Suka