Kali ini kami nak bawa anda ke Bukit Cheras, di mana pembaca setia The Vocket telah mencadangkan agar kami mencuba western food di sini.

Lokasinya berdekatan dengan Taman Len Seng, Taman Connaught, dan Alam Damai Cheras. Mudah saja hendak ke lokasi ini. Anda hanya perlu mencari Shell Bukit Cheras dan restoran yang kami pergi ini adalah dalam deretan kedai yang sebaris dengan Shell.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Jpeg

Restoran ini diberi nama Westerns Cafe Bukit Cheras. Papan tanda restoran ini juga diselitkan sekali dengan logo plak Jalan-Jalan Cari Makan. Barulah kami faham, rupanya restoran ini pernah direview oleh rancangan televisyen berkonsepkan food spotting yang popular itu.

Jpeg

Tapi tak apa, kali ini The Vocket pula yang datang review. Jom baca review kami.

BACA: Vocket Makan… Ayam Kampung Restoran Pak Abu Kerinchi

Restoran ini memang berkonsepkan western dan steakhouse, tiada masakan lain disajikan di sini. Terdapat 2 buah bangunan, satu di bahagian deretan kedai, satu lagi di seberang jalan dan berada dalam deretan gerai makan yang lain.

Jpeg

Restoran ini dibuka pada pukul 5 petang sehingga 12 malam. Interior design restoran ini bagi kami agak menarik walaupun keluasan premisnya seperti gerai makan yang lain dan ia juga terletak berdekatan jalan besar. Penggunaan lampu kuning yang malap ini memang betul-betul boleh menaikkan selera makan pengunjung.

Jpeg

Kami cuba order Lamb Chop dan Mix Grill (Beef & Lamb). Yang menariknya, servis restoran ini memang pantas walaupun semasa kami datang ke gerai ini, pengunjung boleh dikatakan agak ramai. Kami diberitahu ramai pengunjung yang berulang ke restoran ini untuk menikmati sajian western restoran ini.

BACA: Vocket Makan… Nasi Lemak Madam Kwan’s Mid Valley Megamall

JpegLamb Chop

Jpeg Mix Grill

Dari segi persembahan, bagi kami ok. Lebih kurang sama seperti kedai western yang lain. Sebagainya pembuka selera, roti, kentang goreng serta coleslaw disediakan di dalam pinggang. Kalau ada mashed potato pasti perfect.

Jpeg

Rasa black pepper pada sos atau kuahnya agak kuat dan pekat. Sedap bagi yang gemarkan kuah pekat-pekat ni. Daging kambing daripada Lamb Chop sangat menyelerakan. Penggemar kambing pasti hirup sampai ke tulang punyalah. Cuma daging lembu daripada Mix Grill yang kami rasakan tidak mencapai jangkaan kami. Dagingnya agak liat. Sedikit sukar untuk memotong hirisan daging.

Jpeg

Walaubagaimanapun, kami puas hati menikmati western food di sini. Memang kenyang sebab portionnya agak banyak. Harganya juga berpatutan. Cubalah ke sini ya!

BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

Nama restoran : Westerns Cafe Bukit Cheras
Alamat : Jalan 15/144A Taman Bukit Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia (waze)
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 5pm -12am

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka