Mana netizen yang komen tentang tak pernah “review” di restoran kawasan Bangi sebelum ini? Kali ini Bella tunaikan permintaan anda semua.

Restoran yang diterjah kali ini ialah Restoran Ammar Kong Chicken Rice yang terletak di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Makanan kat sini pilihannya tak banyak seperti restoran lain, tapi semua makanan di sini sedap belaka. Kalau nak tahu, Bella sempat “order” sepinggan lagi Kaki Ayam Terbaik selepas habis penggambaran Vocket Makan ini.