Semasa kami membuat kunjungan ke Pulau Pinang, sempatlah juga Bella singgah sebuah restoran di Parit Buntar untuk cuba Nasi Kandar Melayu, dengar cerita sedap betul. Dan ternyata, memang sedap belaka.

Nasi Kandar Melayu yang dilimpahi dengan kuah-kuah pekat yang sedap. Dinikmati pula dengan lauk-lauk yang bervariasi, daripada Udang Petai hingga Kaki Ayam. Fuh memang mantap! Lapar lagi? Cubalah Mee Goreng Sotong mereka, memang ngam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi anda di luar sana yang ingin menuju ke utara musim cuti sekolah ini, boleh singgah di Faeq Bistro dan cuba sendiri keenakan juadah di sana.