Jikalau anda tercari-cari makanan apa yang sesuai untuk minum petang, apa kata anda singgah ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk mencuba putu bambu keluaran Putu Bambu Mama.

BACA: Anda Wajib Makan Nasi Lemak Ini Sekiranya Berada Di Johor

Putu bambu merupakan sejenis kuih tradisional melayu yang menggunakan tepung beras kemudian intinya diisi dengan gula melaka lalu dikukus di dalam buluh atau bambu kecil. Selepas itu kuih ini akan di salut dengan kelapa yang diparut lalu terhasillah kuih putu bambu.

Menurut pekerja gerai ini, Putu Bambu Mama ini berasal dari Hulu Langat. Mereka mempunyai dua buah gerai di Cheras ini. Satu di tepi jalan Bandar Tun Hussein Onn berdekatan pasaraya Aeon Big dan satu lagi di tepi jalan Damai Perdana berdekatan pasaraya Giant.

Kami membelek cara pekerja gerai ini menyediakan putu bambu. Caranya ialah dengan memasukkan tepung beras ke dalam acuan bambu beserta dengan inti gula melaka. Kemudian, kukuskan ia di atas tudung periuk berlubang sehingga adunan tadi mengeras. Putu bambu kemudiannya digolekkan di atas dulang berisi kelapa parut sebelum dimasukkan ke dalam plastik.

Harga untuk satu plastik berisi 5 biji putu bambu ini ialah RM3.00. Boleh tahan murah harganya. Kami bawanya pulang untuk dinikmati di rumah.

Tepung putu bambu ini diwarnakan dengan warna pandan menyebabkan ada rasa pandan semasa menikamatinya. Rasanya lemak-lemak disebabkan oleh kelapa parut dan rasa gula melakanya juga just nice, tidak terlalu manis. Tepungnya agak rapuh, anda kena tadah tangan di bawah mulut supaya tepung tidak bersepah di lantai pula. Menurut pekerja gerai tersebut, putu bambu ini enak dimakan bersama air nescafe. Kami pula buat air milo sebagai pengganti. Sedap juga rasanya.

BACA: 13 Kafe Sekitar Kuala Lumpur Yang Mungkin Belum Anda Kunjungi Untuk Nikmati Kopi Dan Kek

Untuk pengetahuan anda, kuih putu bambu ini mempunyai kuih yang hampir sejenis dengannya iaitu kuih putu piring dan putu halba. Kami tidak pernah merasa putu halba. Kalau anda tahu mana boleh dapatkan putu halba, kongsikan dengan kami ya. Boleh kami review putu halba pula.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group