Rasanya ramai di antara kita selalu menikmati sup tulang, sup gear box, sup ekor dan sebagainya. Tapi, kami pasti ramai lagi yang tidak pernah menikmati sup urat keting bukan?

Sebelum tu, anda tahu tak apa itu sebenarnya urat keting?

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

BACA: Vocket Makan… Patin Masak Tempoyak di Ana Patin House, Mutiara Damansara

beefTendon

Urat keting ialah urat di bahagian kaki lembu yang berwarna putih dan disaluti lemak. Untuk mendapatkan urat keting yang asli, anda perlu merebusnya dahulu supaya lemaknya terasing dari urat keting.

Tapi anda tak perlulah bersusah payah untuk merebus urat keting semata-mata ingin membuat sup yang sedap. Cuba anda singgah ke Restoran Sup Urat Ketin, Bandar Baru Bangi. Pasti nak rasa hari-hari sup urat keting tu.

?????????????

Sekejap, bukankah urat keting itu dieja dengan abjad ‘g’ di hujung perkataan keting? Kenapa nama restoran ini dilenyapkan abjad ‘g’ itu?

Ini yang bermain di benak fikiran kami pada awalnya. Tetapi, setelah mendapatkan kepastian daripada pekerja restoran ini, rupanya ‘ketin’ itu adalah dalam dialek Kelantan. Pemilik restoran ini inginkan kelainan. Disebabkan namanya yang pelik inilah yang menjadikan ramai orang tertarik.

Baiklah, cukup dengan salah silah urat keting serta cerita restoran ini. Mari lihat bagaimana rupa dan rasa urat keting tersebut.

BACA: Vocket Makan… Putu Bambu Mama Bandar Tun Hussein Onn

?????????????

Inilah dia sup urat keting tersebut. Semangkuk dalam RM6.00. Anda order sahaja terus sup disediakan kerana telah siap dimasak dalam periuk besar. Dengan sekali hirup sahaja, kami sudah rasa ‘kaw’ sup ini. Rasanya boleh tahan pedas sebab cili padi diletakkan di dalam sup ini.

Apa yang menyebabkan kami suka dengan sup urat keting ini ialah urat ketingnya sangat lembut dan kenyal. Difahamkan urat keting ini direbus selama 4 jam untuk menghasilkan kelembutan sebegini. Tambahan lagi, urat keting yang disediakan dalam satu mangkuk ini boleh tahan banyak kuantitinya.

?????????????

Rempah ratusnya memang sangat terasa dan pekat. Yang paling menarik, tak banyak bahan tambahan seperti hirisan bawang dan cili yang tebal-tebal dalam sup ini. Mudah untuk dinikmati.

Sup ini sedap dimakan bercampur nasi. Berpeluh kami dibuatnya. Memang kalau dah rasa sekali pasti nak makan lagi.

?????????????

Restoran ini juga menyediakan makanan lauk campur di waktu tengah hari. Bukan itu sahaja, satay dan otak-otak turut disediakan. Kami cuba order satay ayam dan daging. Rasa satay dagingnya agak biasa dengan yang ada di tempat lain. Satay ayamnya pula manis kerana disalut dengan madu.

?????????????

Jadi, kepada yang belum pernah cuba sup urat keting ini kami sarankan anda mencuba menu ini di sini. Anda pasti tidak akan menyesal.

BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

Nama restoran : Restoran Sup Urat Ketin
Alamat : Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor (waze)
Waktu beroperasi : Setiap hari, 8am – 1am

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka