Katanya Bella masih lagi sakan bercuti sempena Bulan Shawal. Untuk tidak mengecewakan peminat Vocket Makan, Azam akan membawa anda teroka ke sebuah kedai yang sememangnya popular dengan hidangan masakan dari Indonesia khususnya ayam penyet. Harga yang berpatutan dan rasa yang enak antara yang membuatkan Warung Pojok berjaya menjadi kedai favourite Azam sejak sekian lama. Buat warga Petaling Jaya, kami yakin anda cukup kenal dengan kedai yang bernama Warung Pojok ini.