Kali ini team Vocket sangat bertuah kerana dapat melihat sendiri sepasang kasut paling rare untuk tahun ini, Nike Air Jordan 1 Dior. Kasut ini adalah hasil kolaborasi antara dua jenama terkenal dunia iaitu Nike Air Jordan dan Dior, sebuah jenama high-end terkenal.

Kasut ini menggunakan material berkualiti tinggi dengan hasil tangan yang cukup sempurna oleh pekerja Dior di Itali, berbeza dengan kasut Nike Air Jordan biasa yang diperbuat di China.

Untuk menambahkan lagi nilai eksklusif model edisi terhad ini, ia turut didatangkan dengan ‘dust bag’ khas serta aksesori lain seperti keychain dan extra insole untuk setiap unit.

Eksklusif untuk anda semua, mari kita saksikan in-depth review bersama DMN di dalam video kali ini untuk melihat details yang ada pada kasut bernilai hampir RM40,000 ini. Jom!

Ini review kasut hebat lain yang dilancarkan tahun ini. Klik pada pautan di bawah.

Vocket Review: Vans x Kide Baharudin, Koleksi Anak Jati Kuala Pilah Yang Mantap

Vocket Review: Air Jordan ‘Court Purple’ Dan Kenapa Ada Yang Sanggup Bayar RM2.4 Juta Brand Ini?

Vocket Review: Unboxing Kasut Vans x National Geographic Yang Mantap