Awal Ogos yang lalu, model Converse x Fear Of God kembali dijual oleh pihak Converse Malaysia menyebabkan ramai peminat dan ‘reseller’ sanggup beratur panjang untuk membelinya.

Sekali pandang macam model Chuck Taylor biasa tetapi itulah visi yang dibawa oleh pengasas Fear Of God, Jerry Lorenzo. Beliau mahu koleksinya kekal minimalis tetapi tetap mempunyai keunikan tersendiri antaranya warna dan material berbeza di bahagian lidah dan penggunaan tali yang lebih panjang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berbaloi atau tidak untuk tambah kasut ini dalam koleksi anda? Danial Mohd Nor ada jawapannya dalam video ini.