Selepas penerimaan yang sangat baik pada DJI Osmo Pocket, DJI baru-baru ini mengeluarkan satu lagi peranti iaitu DJI Pocket 2 yang hampir sama tetapi ditambahbaik pada beberapa aspek.

DJI masih mengekalkan saiz peranti pada saiz yang sangat kecil dan boleh dimuatkan dalam poket anda. Dan fungsinya seperti zoom, autofocus, slow-mo dan sensor memang dinaikkan taraf berbanding dengan DJI Osmo Pocket yang sebelum.

Kami ulas dan selitkan beberapa shot daripada DJI Pocket 2 ini, anda komen sendiri tentang hasil kualiti daripada peranti baru DJI ini.