Vocket Talk KL merupakan sebuah persidangan dalam Bahasa Melayu yang menjadi platform untuk startup-startup Malaysia berkongsi idea menarik kepada orang ramai. Ia dijalankan dengan gaya gen-Y oleh The Vocket.

Sesuai dengan slogan “Inspiring people”, para peserta Vocket Talk didedahkan dengan bisnes-bisnes startup yang dibangunkan oleh anak-anak muda tempatan Malaysia. Mereka tampil genuine dengan idea dan projek bagi merealisasikan impian dan harapan mereka di dalam sektor bisnes.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat pengetahuan anda, edisi pertama Vocket Talk yang berlangsung pada 18 April 2015 di The Canvas, Damansara Perdana lalu telah berjaya menerima kedatangan penuh peserta-peserta.

Jika anda terlepas hadiri Vocket Talk siri pertama atau telah pun menghadirinya dan mahukan lebih lagi info fresh dari para pembangun startup tempatan, kini anda berpeluang menyertai Vocket Talk Siri Kedua yang akan berlangsung pada 13 Jun 2015 di Jetpack Coworking & Events Spaces di Sri Hartamas.

Vocket Talk Poster 2015

5 sebab ringkas anda perlu hadir ke ‪#‎vockettalk‬ 2:

1. Anda ingin menceburi industri pakaian.
2. Anda ingin mengetahui teknik dan strategi memasarkan buku sendiri.
3. Anda ingin menceburi industri trak makanan (Food Truck).
4. Anda meminati dunia aplikasi dan ingin mengetahui operasi di sebalik sesuatu aplikasi penghantaran makanan secara online.
5. Andai ingin mengetahui bagaimana syarikat sistem payment gateway memasarkan produk mereka.

Jika ada salah satu sebab atau ada kombinasi sebab-sebab di atas, anda patut hadir ke Vocket Talk Siri Kedua ini. Sesi ini tiada ulangan di Vocket Talk akan datang. Jadi, inilah peluang anda untuk mendengar dan mengenali para pembangun startup bagi menyerap insiprasi daripada mereka dalam membangunkan cita-cita anda kerana:

Vocket Talk Siri Kedua ini akan menampilkan 5 individu dari 5 group genius berbeza iaitu:

1. Tuan Dr Faiz I. Anuar (Co-founder Abstrax Jingga)
2. Tuan Mutalib Uthman (CEO Dubook Press)
3. Tuan Danial Marizd (Operation Manager La Famiglia)
4. Tuan Syahrulmanan (Marketing Director)
5. Tuan Azizul Othman (Business Development Manager MOLPay)

Tarikh: 13 Jun 2015
Masa: 9 pagi – 2 petang
Tempat: Jetpack Coworking & Event Spaces, Sri Hartamas

Yuran pendaftaran ialah RM120/orang dan terhad kepada 80 orang. Pendaftaran boleh dilakukan di sini – http://vckt.co/vockettalk2

Grab your place today!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram