Setiap orang mesti ada kereta impian masing-masing bukan? Kalau kami, jenama Volkswagen pasti jenama yang bermain di fikiran. Dengan reka bentuk kereta yang menarik dan enjin yang berkuasa tinggi, siapa sahaja tak jatuh cinta dengan jenama ni. Betul kan?

Kalau anda juga peminat Volkswagen, Volkswagen Fest 2018 akan kembali dan kali ini dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik yang anda boleh sertai. Siap ada pameran Volkswagen vintaj lagi!

Peminat-peminat dan pemilik Volkswagen di luar sana, anda jangan lepaskan peluang untuk ke Volkswagen Fest 2018 ini. Pastikan anda bawa bersama keluarga dan kawan-kawan anda datang sebab ada banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Volkswagen Fest nanti. Confirm tak rugi punya.

Pandu uji kereta Volkswagen idaman hati

Volkswagen Fest 2017 (64)

Mesti tak puas kan, kalau dapat tengok sahaja kereta idaman. Datang sahaja ke Volkswagen Fest 2018 ini dan di sini anda boleh pandu uji model kereta daripada Volkswagen yang anda gemari. Terdapat juga kereta yang dipamerkan untuk dijual, mana tahu kalau anda berkenan boleh terus beli satu.

Buat pemilik kereta Volkswagen, anda boleh bawa kereta ke sini untuk dinilai dan diperiksa kerana terdapat perkhidmatan khas yang secara PERCUMA disediakan untuk pemilik kereta jenama ini.

Bukan itu saja, buat anda yang mahu pre-registered atau beli terus kereta baharu jenama Volkswagen ini, ada banyak tawaran menarik menanti anda semasa Volkswagen Fest 2018 ini. Anda mungkin berpeluang untuk menikmati petrol percuma selama setahun untuk model pre-registered yang terpilih. Setahun ya, bukan sebulan!

Nak terangkan mengenai Volkswagen ni pun susah. Sebab anda kena rasai sendiri pengalaman dan keterujaannya dan semua ini anda boleh nikmati di Volkswagen Fest 2018.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman yang tak dapat dilupakan di Volkswagen Fest 2018 ini. Jangan lupa bawak keluarga dan kawan-kawan korang sekali sebabnya korang juga boleh berhibur dengan pelbagai aktiviti yang akan dijalankan nanti. Ini kami senaraikan sikit untuk anda:

1. Persembahan daripada artis-artis terkemuka tanah air

bank pic

Tak seronok sesuatu festival tanpa kelibat artis membuat persembahan kan? Kali ini untuk Volkswagen Fest 2018 terdapat beberapa band terkenal akan menghiburkan anda. Antaranya Bunkface, Paperplane Pursuit dan Talitha Tan. Save date anda sebab persembahan ini akan diadakan pada hari Sabtu, 13 Oktober.

Selain tu, akan ada juga persembahan buskers dan kemunculan beberapa influencer terkenal.

2. Photobooth bertemakan kereta Volkswagen. Bolehlah bergambar!

vw edit 2

VW Edit

Selain tangkap gambar dengan kereta Volkswagen yang dipamerkan, anda jangan lupa tangkap gambar anda dekat photobooth yang disediakan. Bukan senang tau nak tangkap gambar dengan kereta Volkswagen ini kecuali kalau anda ada sebuah di rumah. Betul tak?

3. Buat kaki work-out ada juga aktiviti best untuk anda

Dekat Volkswagen Fest 2018 akan ada aktiviti HIIT workout dan Sunrise Yoga dari GuavaPass. Jadi, kalau nak cari kelainan mungkin anda boleh sertai aktiviti ini sambil cuci-cuci mata tengok kereta Volkswagen.

4. Tayangan filem Herbie Fully Loaded

Volkswagen Fest 2017 (267)

Tipu kalau peminat Volkswagen tidak tahu tentang cerita ni. Macam mana watak Maggie, dalam cerita ini bertanding di dalam NASCAR menggunakan sebuah kereta Volkswagen Beetle ni dan liku-liku yang terpaksa dia hadapi. Anda dapat tonton filem ini di Volkswagen Fest 2018. Bestnya!

5. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh sertai di Volkswagen Festival 2018 ni seperti, lukisan grafiti, stage games, giant Jenga dan banyak lagi. Kalau anda lapar jangan risau, sebab akan ada jualan food truck di situ.

Jangan lupa hadir untuk memeriahkan Volkswagen Fest 2018 ya. Mari kami kongsi sedikit keterangan untuk program ini:

Lokasi: Setia City Convention Centre

Tarikh dan Masa:
Jumaat, 12 Oktober (10 pagi – lewat malam)
Sabtu, 13 Oktober (10 pagi- lewat malam)
Ahad, 14 Oktober (10 pagi – 10 malam)

Jadi, apa tunggu lagi? Untuk keterangan lanjut tentang program ini anda boleh ikuti event page ini di Facebook atau anda boleh pergi ke laman sesawang Volkswagen Malaysia.

Jumpa anda disana. Jom kasi meriah Volkswagen Fest 2018!